SABAR ITU INDAH

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته. Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana diberikan peluang kepada saya untuk berkarya di sini. Di platform ini, saya akan berikan tips2 dan kisah hidup / coretan saya sendiri untuk dijadikan pedoman bersama.

 Nama saya Adam. Untuk dijadikan cerita, saya ni tidak la hensem dan kacak macam pujaan gadis di luar sana (hahaha ceh melalut ke lain pulak. Setiap orang mesti ada perasaan marah kerana marah itu lahir dari emosi yang negatif yang kita pendam selama mungkin sebelum tercetusnya gunung berapi 😂. 

Saya ada seorang kawan yang baru saya kenal. Nama nya S (maaf yer nama harus dirahsia). Nak dijadikan cerita , kawan saya ni suka sangat menceritakan keburukan orang lain . Ya, saya tidak kisah jika hanya nak bergurau tetapi apa yang diguraukan mesti ada batasan nya. Kenapa harus diguraukan pasal fizikal, warna kulit sedangkan apa yang difitrahkan itu telah menjadi sebahagiaan daripada diri kita. Menghina paras rupa,fizikal orang lain ibarat menghina ciptaan Allah s.w.t.

Apa yang saya buat bila dihina atau dicerca macam itu?? Sabar!! sabar adalah senjata yang paling indah. Sabar dalam konteks Islam ialah sifat mazmudah yang perlu ada dalam dalam diri setiap umat Islam. Sabar adalah perkara asas dalam akhlak agama Islam. Cuba kita bayangkan bila sifat sabar ini tidak pernah wujud??? Bumi pun ada sifat sabar. Pertukaran siang ke malam dan malam ke siang adalah hasil daripada putaran bumi mengikut masa yang ditetapkan. Jika bumi tiada sabar, kita baru nak tidur tiba2 siang dah menjelma..

Antara cara saya nak menyemai sifat dalam diri ialah
1. buat biasa sahaja

Jangan ambil pot sangat dengan gurauan kawan tu sebab diam lebih baik. Kalu kita saling nak berbalas cacian pergaduhan mungkin akan tercetus. Kalau ada setengah kawan tu hati tisu??? macam mana??..
DIAM LEBIH BAIK

2. banyakkan berzikir

berzikir la sebab zikir tu penghapus dosa dan amarah. diam + berzikir lagi baik dari bergaduh mulut antara rakan sbb melarikan diri daripada pergaduhan antara saudara lagi baik .

3. pandang cacian itu sebagai pembakar semangat

saya akan pandang cacian daripada kawan tu sebagai gurauan dan pembakar semngat. Pembakar semangat di sini adalah , mungkin kita kena tengok balok diri kita. Mungkin kita rasa diri kita ok, mungkin orang di sekekeliling kita rasa xok. So, jadikan  caciam itu sebagai pembakar semangat untuk membaiki diri kita kepada yang lagi baik..

wallahualam.



sekian coretan ana ( ana acah hipster)


Comments